kereta polis tin toy buatan KKS japan ini dipercayai
di keluarka pada tahu 1958 kerana no plat nya, ianya
mengunakan kuasa bateri untuk bergerak (dijual
118 usd) diantara mainan kuasa bateri terawal.
di keluarka pada tahu 1958 kerana no plat nya, ianya
mengunakan kuasa bateri untuk bergerak (dijual
118 usd) diantara mainan kuasa bateri terawal.
entry kali ni nc nak tulis pasal tin toy ataupun mainan yang di perbuat dari tin yang dulunya dipangil mainan timah. dulu kecik2 mak nc selalu belikan kereta mainan yang di perbuat dari tin sbb harganya yg murah tapi sekarang semua dah hilang ataupun pecah. biasa la budak2 masa tu. 2 3 hari lepas nc pegi ke pasar hari, tempat biasa. sampai kat satu kedai tu nc ternampak sesuatu yang unik. eh! nampak mcm pistol mainan lama. ingat lagi tak ada sejenis pistol mainan diperbuat dari tin, pelurunya diperbuat dari kertas panjang dan digulung. di atas kertas tu di letakan belerang berbentuk bulat dan disusun dalam jarak yang tertentu. kondisi ok nc tengok cuma ada karat skit biasa la nama pun tin toy. terus grab tanpa usul pereksa jaji minat sbb nc ada kenangan ngan pistol ni masa kecik2 dulu. harga rahsia lah ok. balik rumah baru nc perasan dekat body pistol tu ada tetulis K.K.S. huh apa tu KKS. apa lagi terus google lah cari info. nc tak dapat nak cari detail pasal apa itu KKS ni. tapi KKS toy company adalah satu syarikat pegeluar tin toy kat jepun. syarikat ni juga antara syarikat permainan kanak2 yang terawal kat jepun. setelah pnat mengoogle ni yang nc dapat.
Lithographed (mesin penekap) timah dalam pembuatan permainan diperkenalkan pada tahun 1880-dimana pelbagai warna dan detail yang dicetak pada lembaran datar dari logam dengan menekan litograf, pelbagai potongan-potongan itu kemudian dibentuk tetap. Logam untuk membuat mainan timah diperbuat daripada biji bijih yang digiling menjadi kepingan nipis atau berbentuk piring nipis. mainan pertama yang dihasilkan adalah pinggan tin yang dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 1895.
Pada abad ke-20, Jerman merupakan pengeluar utama mainan timah di dunia. mainan timah keluaran Jerman dibuat dengan baik. Mereka mendominasi pasaran hingga tercetusnya Perang Dunia II. Selepas perang industri mainan mengalami kesan yang teruk banyak kilang2 rosak akibat perang. Namun industri mainan berkembang semula dengan negara Jepun mendahului pengeluaran mainan timah dan mengawal pasaran dengan penambahan teknologi baru. jepun Tidak hanya mengunakan sistem dorongan angin dan gesekan malah beberapa mainan timah Jepun disokong oleh bateri dan mampu mengeluarkan cahaya lampu dan bunyi. Pada 50 dan 60-an, Jepun telah membanjiri pasaran dengan banyak mainan timah yang lebih menarik dirancang dan sebahagian besar daripadanya dihantar ke Amerika Syarikat dengan mainan yang sesuai dengan citarasa orang Amerika. meskipun kebangkitan awal populariti mainan timah di era pasca-perang, pengilang mainan timah telah berhadapan dengan kesulitan demi kesulitan, termasuk perubahan tuntutan pelanggan, peraturan-peraturan keselamatan yang baru dan persaingan daripada pembuat mainan plastik. Pada tahun 70-an, Jepun telah mengurangkan pengeluaran mainan timah dan tindakan itu begitu drastik sehingga banyak kilang telah memberhentikan pengeluaran serta menutup kilang mereka.
mesti korang masih ingatkan pistol mainan
ini. tapi kebanyakanya adalah buatan china.
tidak sehebat buatan jepun tetapi tetap popular
(sekarang pelurunya penuh memori dijual rm10 segulung
bagi vesi awalnya, itu pun kalau korang jumpa)
ini. tapi kebanyakanya adalah buatan china.
tidak sehebat buatan jepun tetapi tetap popular
(sekarang pelurunya penuh memori dijual rm10 segulung
bagi vesi awalnya, itu pun kalau korang jumpa)
ini pulak tidak di ketahui. tapi sama mcm pistol
mainan tin milik nc cuma ianya lebih solid mungkin
buatan barat pada awal kemunculan tin toy.
pistol mainan tin toy buatan japun milik nc
mainan tin milik nc cuma ianya lebih solid mungkin
buatan barat pada awal kemunculan tin toy.
pistol mainan tin toy buatan japun milik nc
China pula mula menghasilkan mainan timah dalam tahun 20-an. namun alat permainan timah dari cina tidak mempunyai kualiti. apabila industri mainan timah Jepun mengalami kemunduran, China telah mengambil alih sebagai pembuat mainan timah yang terkemuka di dunia. antara faktor mainan timah cina menjadi terkenan ada lah kerana harganya yang murah. selepas itu mereka telah mencuba untuk menaikan kualiti mainan timah keluran mereka, namun tetap tidak dapat menyaingin kualiti mainan timah keluaran jepun.
syarikat KKS japan. cuba click gambar dan
lihat pada cop di kotak mempunyai logo KKS
sama macam logo di pistol mainan milik nc
menunjukan ianya mainan tin buatan jepun.
itu la cerita pasal tin toy nih. jadi apakah yang membezakan tin toy jepun dan china. kerana china adalah penegeluar tin toy sehinga sekarang. tentu lah tin toy jepun mempunyai nilai tersendiri kerana pengeluaranya dihentikan dan boleh di jadikan koleksi. jadi beza antara keluaran jepun dan cina adalah tin toy dari jepun mempunyai cop pengeluarnya yang salah satunya adalah syarikat K.K.S japan. apa maksud KKS tu nc x dapat nak pastikan sbb tak banyak info tentang syarikat ni. KK itu mungkin permulaan nama pengasasnya dan S itu mungkin bermaksud permainan ataupun syarikat permainan.lihat pada cop di kotak mempunyai logo KKS
sama macam logo di pistol mainan milik nc
menunjukan ianya mainan tin buatan jepun.
jadi pengumpul yang ingin mengumpul tin toy elok la periksa dahulu tin toy melalui copnya. jagan tetipu ok.. bukan nc nak menidakkan mengumpul tin toy china. tetapi untuk mengelak dari ditipu dari segi harga. kerana tin toy jepun lebih berkualiti dan mungkin harganya lebih tinggi dan very rare di pasaran. ini kerana sekarang industri mainan di jepun di pelopori oleh syarikat besar seperti bandai, takara tommy dan lain2 yang mengunankan bahan plastik untuk rekaan mainan mereka dan mainan berasaskan timah atau tin sudah berkurangan atau pun sudah pun dihentikan.