Honda Cub C50 tahun keluaran 1958
Sunday, May 22, 2011
Honda Cub adalah model motosikal kapcai 49cc keluaran Honda Motor Co. Ltd. yang merupakan model motosikal yang paling banyak dikeluarkan di dunia. Ia mula dikeluarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Pengeluaran model Honda Cub menjadi peristiwa penting bagi sejarah automotif Jepun memandangkan ia menandakan bermulanya era penguasaan motosikal Jepun. Lebih daripada 50 juta Honda Cub telah dijual di seluruh dunia terutamanya di Asia dan Eropah sejak mula dikeluarkan dan model ini masih lagi dikeluarkan di Asia dan walaupun banyak model motosikal yang lebih besar dan berkuasa tinggi diperkenalkan
Honda Cub mula dilancarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Nama 'Cub' dikatakan kependekan daripada Cheap Urban Bike memandangkan model ini dibangunkan untuk menyediakan pengangkutan yang murah di bandar yang sibuk. Nama tersebut juga mungkin dirujuk daripada model kapal terbang ringan 1930-an yang murah dan popular, piper cub.
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1958, lebih 50 juta Honda Cub telah dijual di seluruh dunia, menjadikan model tersebut sebagai model motosikal paling berjaya dalam sejarah automotif. Di Malaysia sahaja lebih 2 juta Honda Cub telah terjual.
Di Malaysia honda Cub mungkin di keluarkan dalam tahun 50an ataupun 60an yang juga motor terbanyak kat malaysia. motor cup ni umpama buruh disebabkan sifatnya yang lasak. ianya digunakan untuk mengangakat baja diladang hinggalah menghantar pizza sekarang. honda C-50 masih boleh didapati dengan harga Rm500 hingga Rm 10.000 mengikut kondisi
NC pun akan cuba mendapatkanya walaupun dah rosak untuk dijadikan koleksi.