Selamat Datang

The Northern Collector adalah blog perkongsian tentang hobi pengumpul barangan seperti barangan antik, edisi terhad dan apa saja yang dijadikan koleksi peribadi. selain dari berkongsi maklumat sejarah ataupun keistimewaan barangan, pengunjung blog ini juga boleh menjual koleksi barangan didalam ruangan iklan secara percuma.




memori 1990an part 1

Saturday, June 18, 2011

tak semestinya apa yang kita kumpul itu mahal, antik, bejuta taun. sebenarnya selain dari tu kita boleh juga kumpul barang yang murah tapi ada memori untuk kita. nc membesar dalam era 80 & 90an. entry kali ni nc nak tulis pasal 80an dan 90an. yang membesar waktu tu mesti korang penah tengok barang2 ni kan.

korang pernah tengok tak boat tini. dulu mak nc
pernah beli satu dekat pasar. bila letak api dalam
kat dalam body dia akan bergerak dalam air.
tak pakai bateri. canggih kan. waktu tu la.

yg ni lak kapal terbang polystrin.
20sen satu pasang sendiri.sebelum kapal terbang
ni ada nc main kapal terbang kertas ja.

ha ni mmg best game tv first yang orang ramai
mampu beli. ayah nc pnah beli untuk kami
adik beradik. tapi sekarang dah rosak hilang.
tape game dia sangat la mahal masa tu,
untuk satu game ja boleh cecah seratus.

yang ni untuk mengisi masa lapang
lepas balik sekolah


selalunya petang2 mesti mintak mak 20sen gi beli
kopok JJ sbb nak kumpul ni. klau banyak2
cantik pulak tengok
selalunya kalau mintak kat mak dapat
10sen ja ini la yang sesuai. tapi sedap oo
pedas2

ha! ni bagi aku la yang paling fames skali.
kalau keluar ngan mak dapat dendang ja la
tapi kalau ngan ayah dapat la tora
sbb tora mahal skit.


new collection : CASIO Jet Star Game CG 430 1988

Thursday, June 9, 2011

1987 Casio Jet Star

Year: 1987
Manufacturer: Casio
Name: Jet Star
Class: Handheld
Sub-Class: Other
Genre: ?
Model Number: #CG-430
Display: LCD

Casio Jet Star keluaran 1987. salah satu koleksi
nc. sekarang dijual dengan harga usd 149.99
di ebay lengkap dengan kotak dan manual

Alhamdulilah akhirnya nc berjaya juga dapatkan 1987 Casio Jet Star game sebagai koleksi northerncollector lengkap dengan kotak, manual dan bateri. rare jugak game nih dan susah nak dapatkan. ianya juga popular di britain serta negara2 eropah yang lain. dikeluarkan oleh syarikat Casio. kat sini ada sedikit sebanyak history pasal syarikat Casio.

Casio
ditubuhkan pada bulan April 1946 oleh Tadao Kashio, seorang jurutera yang yang terlibat dalam teknologi fabrikasi. produk pertama Kashio adalah paip yubiwa, cincin jari yang akan memegang rokok dan membolehkan asap rokok ditapis dan menjauhkan tangan perokok daripada terkena api rokok. Jepun menjadi miskin selepas Perang Dunia ke II sehingga menyebabkan rokok amat bernilai, dan penemuan itu menjadi popular dan berjaya.


Setelah
melihat kalkulator elektrik di Show Perniagaan pertama di Ginza, Tokyo pada tahun 1949, Kashio dan saudara-saudaranya menggunakan keuntungan mereka dari paip yubiwa untuk membangunkan kalkulator sendiri. Sebahagian besar kalkulator pada waktu itu berfungsi dengan menggunakan roda gigi dan boleh dikendalikan dengan tangan menggunakan engkol atau menggunakan motor. Kashio mempunyai beberapa pengetahuan tentang elektronik, dan cuba untuk mencipta kalkulator dengan menggunakan solenoida. Kalkulator berukuran meja siap pada tahun 1954 dan pertama kali kalkulator Jepun mengunakan elektro-mekanikal. Salah satu inovasi utama dari kalkulator ini adalah adopsi dari kekunci nombor 10-kunci; pada waktu itu kalkulator lain menggunakan "butang penuh", yang bermaksud bahawa setiap tempat di nombor (1s, 10s, 100s, dll. ) memiliki. sembilan kunci. Inovasi lain adalah penggunaan tetingkap paparan tunggal bukan tiga tetingkap display (satu untuk setiap hujah dan yang pertama untuk jawabannya) yang digunakan dalam kalkulator lain.


selepas kejayaan itu Casio mula mencipta pelbagai barangan elektronik selain kalkulator seperti jam digital, kamera digital, game digital dan pelbaigai barangan elektronik yang melibatkan skrin elektronik sehinga kini.

Casio Western bar game amat popular pada era 80 an.
game ini amat mahal pada masa itu. tahukah anda
masa kecik2 nc pernah main game ni sekali sahaja milik
sahabat nc. sekarang ianya dijual usd 129.99 tanpa
kotak dan manual. harganya mungkin mencapai
rm1000 jika disertakan dengan kotak dan manual.

Casio submarine battle game juga antara yang
popular pada era 80 an. nc hanya pernah
lihat di kedai game sahaja. sekarang
ianya dijual usd 50.00 dan harganya
mungkin meningkat ratusan usd
jika disertakan kotak dan manual.


brick game @ game bata amat popular
pada awal 90 an. kebanyakannya buatan
china. menyaingi populariti game digital
casio disebabkan harga yang murah dan
mudah di dapati. hampir setiap rumah
mempuyai brick game pada era 90an

dalam industri game digital, casio mula mengeluarkannya dalam tahun 1980an. bayak game di keluarkan seperti western bar, sabmarine battle, jet star dan macam2 lagi. selepas era 80an tiada lagi game casio digital di keluarkan dan syarikat pengeluar china pengambil alih populariti game digital dengan pengeluran brick game atau game bata yang amat popular kerana harganya yang murah dan mudah untuk dimiliki. sekarang dengan kehadiran game boy, xbox, psp dan sony ps3 yang mengunakan tv serta skrin lcd, game digital keluaran casio semakin pupus di telan zaman. ini kerana casio lebih menumpukan kepada keluaran jam dan kokulator. diantara produk jam yang popular adalah model G-shock.

nc tin toy

Saturday, June 4, 2011


kereta polis tin toy buatan KKS japan ini dipercayai
di keluarka pada tahu 1958 kerana no plat nya, ianya
mengunakan kuasa bateri untuk bergerak (dijual
118 usd) diantara mainan kuasa bateri terawal.

entry kali ni nc nak tulis pasal tin toy ataupun mainan yang di perbuat dari tin yang dulunya dipangil mainan timah. dulu kecik2 mak nc selalu belikan kereta mainan yang di perbuat dari tin sbb harganya yg murah tapi sekarang semua dah hilang ataupun pecah. biasa la budak2 masa tu. 2 3 hari lepas nc pegi ke pasar hari, tempat biasa. sampai kat satu kedai tu nc ternampak sesuatu yang unik. eh! nampak mcm pistol mainan lama. ingat lagi tak ada sejenis pistol mainan diperbuat dari tin, pelurunya diperbuat dari kertas panjang dan digulung. di atas kertas tu di letakan belerang berbentuk bulat dan disusun dalam jarak yang tertentu. kondisi ok nc tengok cuma ada karat skit biasa la nama pun tin toy. terus grab tanpa usul pereksa jaji minat sbb nc ada kenangan ngan pistol ni masa kecik2 dulu. harga rahsia lah ok. balik rumah baru nc perasan dekat body pistol tu ada tetulis K.K.S. huh apa tu KKS. apa lagi terus google lah cari info. nc tak dapat nak cari detail pasal apa itu KKS ni. tapi KKS toy company adalah satu syarikat pegeluar tin toy kat jepun. syarikat ni juga antara syarikat permainan kanak2 yang terawal kat jepun. setelah pnat mengoogle ni yang nc dapat.

pistol mainan tin koleksi terbaru nc.
made in japan tu
(keluaran dalam tahun 70an atau lebih lama)

logo KKS japan. bukti ianya tin toy buatan
jepun

Tin Toy

Lithographed (mesin penekap) timah dalam pembuatan permainan diperkenalkan pada tahun 1880-dimana pelbagai warna dan detail yang dicetak pada lembaran datar dari logam dengan menekan litograf, pelbagai potongan-potongan itu kemudian dibentuk tetap.
Logam untuk membuat mainan timah diperbuat daripada biji bijih yang digiling menjadi kepingan nipis atau berbentuk piring nipis. mainan pertama yang dihasilkan adalah pinggan tin yang dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 1895.

Pada abad ke-20, Jerman merupakan pengeluar utama mainan timah di dunia. mainan timah keluaran Jerman dibuat dengan baik. Mereka mendominasi pasaran hingga tercetusnya Perang Dunia II. Selepas perang industri mainan mengalami kesan yang teruk banyak kilang2 rosak akibat perang. Namun industri mainan berkembang semula dengan negara Jepun mendahului pengeluaran mainan timah dan mengawal pasaran dengan penambahan teknologi baru. jepun Tidak hanya mengunakan sistem dorongan angin dan gesekan malah beberapa mainan timah Jepun disokong oleh bateri dan mampu mengeluarkan cahaya lampu dan bunyi. Pada 50 dan 60-an, Jepun telah membanjiri pasaran dengan banyak mainan timah yang lebih menarik dirancang dan sebahagian besar daripadanya dihantar ke Amerika Syarikat dengan mainan yang sesuai dengan citarasa orang Amerika. meskipun kebangkitan awal populariti mainan timah di era pasca-perang, pengilang mainan timah telah berhadapan dengan kesulitan demi kesulitan, termasuk perubahan tuntutan pelanggan, peraturan-peraturan keselamatan yang baru dan persaingan daripada pembuat mainan plastik. Pada tahun 70-an, Jepun telah mengurangkan pengeluaran mainan timah dan tindakan itu begitu drastik sehingga banyak kilang telah memberhentikan pengeluaran serta menutup kilang mereka.

mesti korang masih ingatkan pistol mainan
ini. tapi kebanyakanya adalah buatan china.
tidak sehebat buatan jepun tetapi tetap popular
(sekarang pelurunya penuh memori dijual rm10 segulung
bagi vesi awalnya, itu pun kalau korang jumpa)

ini pulak tidak di ketahui. tapi sama mcm pistol
mainan tin milik nc cuma ianya lebih solid mungkin
buatan barat pada awal kemunculan tin toy.

pistol mainan tin toy buatan japun milik nc

China pula mula menghasilkan mainan timah dalam tahun 20-an. namun alat permainan timah dari cina tidak mempunyai kualiti. apabila industri mainan timah Jepun mengalami kemunduran, China telah mengambil alih sebagai pembuat mainan timah yang terkemuka di dunia. antara faktor mainan timah cina menjadi terkenan ada lah kerana harganya yang murah. selepas itu mereka telah mencuba untuk menaikan kualiti mainan timah keluran mereka, namun tetap tidak dapat menyaingin kualiti mainan timah keluaran jepun.


ini adalah salah satu contoh mainan keluaran
syarikat KKS japan. cuba click gambar dan
lihat pada cop di kotak mempunyai logo KKS
sama macam logo di pistol mainan milik nc
menunjukan ianya mainan tin buatan jepun.

itu la cerita pasal tin toy nih. jadi apakah yang membezakan tin toy jepun dan china. kerana china adalah penegeluar tin toy sehinga sekarang. tentu lah tin toy jepun mempunyai nilai tersendiri kerana pengeluaranya dihentikan dan boleh di jadikan koleksi. jadi beza antara keluaran jepun dan cina adalah tin toy dari jepun mempunyai cop pengeluarnya yang salah satunya adalah syarikat K.K.S japan. apa maksud KKS tu nc x dapat nak pastikan sbb tak banyak info tentang syarikat ni. KK itu mungkin permulaan nama pengasasnya dan S itu mungkin bermaksud permainan ataupun syarikat permainan.

jadi pengumpul yang ingin mengumpul tin toy elok la periksa dahulu tin toy melalui copnya. jagan tetipu ok.. bukan nc nak menidakkan mengumpul tin toy china. tetapi untuk mengelak dari ditipu dari segi harga. kerana tin toy jepun lebih berkualiti dan mungkin harganya lebih tinggi dan very rare di pasaran. ini kerana sekarang industri mainan di jepun di pelopori oleh syarikat besar seperti bandai, takara tommy dan lain2 yang mengunankan bahan plastik untuk rekaan mainan mereka dan mainan berasaskan timah atau tin sudah berkurangan atau pun sudah pun dihentikan.


Coca-Cola tahun keluaran 1884

Tuesday, May 24, 2011



Coco-Cola ialah minuman kola ber karbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE: KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikatt. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai tanda niaga. Coke merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan yang amat meluas.

Logo terawal Coca-cola

Logo Coca-Cola dari 1986 hingga kini

Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19 , Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawanAsa Griggs candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke sanggup mendominasikan pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20 . Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

reka bentuk botol Coca-cola dari 1894-1975

Minuman Coca-cola sekarang

Ahli farmasi Joh Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton ("Pemberton's French Wine Coca") pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin mariani , sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani.

Sewaktu Atlanta dan wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain Perancis tanpa alkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai "Coca-Cola" kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di "Farmasi Jacob" di Atlanta, Georgia pada 8 mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal Atlanta.

Pada mula-mulanya, Coca-Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Walaupun Pemberton bermaksud minuman itu dijual sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu itu kerana kepercayaan bahawa air berkabonat adalah baik untuk kesihata. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola dapat mengubati banyak penyakit, termasuk ketagihan morfin, dispepsia neurastenia, sakit kepala, dan mati pucuk.

Pada 1887 sementara mengalami ketagihan morfin, Pemberton menjual sebahagian hak milik syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan Coca Cola pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua kepada lagi tiga usahawan: J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Pada waktu yang sama, Charley Pemberton, anak Pemberton yang merupakan penagih alkohol, bermula menjual versi sendiri. Tiga versi Coca-Cola - dijual oleh tiga perniagaan yang berasingan - terdapat di dalam pasaran..

Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama "Coca-Cola" adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya di bawah nama "Yum Yum" dan "Koke". Selepas kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama "Coca-Cola pada akhir 1888 kerana ingin menutupkan perniagaan kedua-dua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker. Bagaimanapun, pada tahun 1914, Dozier mendakwa bahawa tandatangannya pada bil jualan adalah palsu, dan penganalisisan kemudian menunjukkan bahawa tandatangan John Pemberton juga mungkin merupakan pemalsuan.

Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua, "Syarikat Coca-Cola" ("The Coca-Cola Company") (perbadanan kini), dan kemudian pada 1910, dia membakar rekod-rekod syarikat yang terawal untuk mengaburkan keasalan syarikatnya di sisi undang-undang. Candler kemudian bermula memasarkan produk itu secara agresif, tetapi kesan yang diharap-harapkan daripada kempen pengiklanan tidak dapat diperolehi sehingga jauh kemudian.

Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 mac 1984, dan dalam bentuk tin aluminum buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di Syarikat Biedenharn Candy di Vicksburg, Mississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A. Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu, tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka. Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain & mdash pada hakikatnya, menjadi pembotol induk. Ini bermakna bahawa Coca-Cola dijual dalam pebagai jenis botol, sehingga pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916.

oleh yang demikian produk yang berjenama atau pun yang bertulis Coca-cola amat di minati diseluruh dunia. bukan saja botol dan tin malah cooler, signboard poster jam, poster dan apa saja bertulis Coco-cola dijadikan koleksi. harganya mahal minggikut tahun. NC pernah lihat dalam rancangan Tv Pawn Star sebuah cooler Coco-cola kecil antik tahun 1930 dibeli dengan harga 100 us dolar dan dibaiki dengan kos lebih kurang 300 us dolar dan boleh dijual dengan harga 2000 hingga 4000 us dolar sekarang.


sukar ditemui cooler Coco-cola 1930 bersaiz kecil
boleh menjangkau us dolar 4000 mengikut kondisi
(tahukah anda zaman dahulu jurujual Coco-cola
akan pergi rumah ke rumah menjual air Coco-cola
dengan cooler Coco-cola ini dan didalamnya terdapat
katalog barangan Coco-cola. sekarang katalog tersebut
berharga beberapa ratus us dolar sekeping)

cooler Coca-cola antik bersaiz besar menjadikan
koleksi yang hebat bagi peminat barangan Coca-cola

Di malaysia coco-cola mungkin bertapak dalam lingkungan 1950an atau lebih lama dari itu. jenama Coco-cola amat sesuai untuk di jadikan koleksi kerana korang jangan terkejut kalau koleksi barangan Coco-cola korang dibida ribuan ringgit satu hari nanti kerana dia luar negara ramai pengumpul2 barangan Coco-cola yang mahu melengkapkan koleksi mereka.

Volkswagen Beetle tahun keluaran 1931,1938&1967

Monday, May 23, 2011



Bermula tahun 1931, Ferdinand Porsche dan Zundapp membangunkan "Auto für Jedermann" (kereta untuk semua orang), pertama kali nama Volkswagon digunakan. Porsche lebih gemar menggunakan enjin 4 silinder rata sejukan udara, tetapi Zündapp menggunakan enjin jejari 5 silinder sejukan cecair. Pada tahun 1932 tiga prototaip telah berjaya diuji. Kesemua kereta tersebut telah hilang semasa perang; yang terakhir telah hilang pada tahun 1945 di Stuttgart semasa serangan bom.

Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand Porsche bagi cadangan model "Volks-Wagen" ("Kereta Rakyat"), sebuah kereta asas yang mempu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 km/j (62bsj). Kereta Rakyat tersebut boleh didapati oleh rakyat Jerman Nazi melalui skim simpanan, dengan harga serendah 990 mark, hampir sama dengan harga sebuah motosikal kecil pada zaman tersebut, dengan pendapatan purata sekitar DM32 seminggu.


Porsche Typ 12, 1931/32 oleh Zundapp Nurnberg

Volkswagen Type 1, lebih dikenali sebagai Beetle atau Bug, adalah model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen dari tahun 1938 sehingga 2003. Walaupun nama "Beetle" and "Bug" diterima ramai dalam masa yang singkat, hanya pada bulan Ogos 1967 barulah VW menggunakan nama Beetle untuk pasaran Ameriaka Syarikat . Di Britain, VW tidak pernah menggunakan nama Beetle secara rasmi. Sebelum ini ia hanya dikenali sama ada "Type I" ataupun 1200, 1300 atau 1500, yang merupakan nama yang digunakan di dalam pasaran Eropah nombor tersebut merujuk kepada saiz enjin dalam sentimeter padu.

Volkswagen Type I 1938

Volkswagen Beetle telah melalui perubahan ketara bagi model tahun 1967. Sementara kereta tersebut kelihatan sama seperti model asal, sistem aliran kuasanya telah dipertingkatkan. Antara perubahan pada Beetle termasuklah enjin yang lebih besar pada tahun berikutnya. Kuasa kuda telah ditingkatkan kepada 37 kW (50 hp) pada tahun sebelumnya, dan pada tahun 1967 kuasa enjin telah dipertingkatkan lagi kepada 40 kW (53 hp).

Keluaran penjana elektrik telah meningkat dari 180 kepada 360 watt, dan sistem elektrik dipertingkatkan daripada sistem 6 volt kepada sistem 12 volt. Saiz cakera klac juga telah meningkat, dan perubahan turut dilakukan pada roda tenaga, sistem brek dan gandar belakang. Peralatan wajib baru termasuklah pengelap cermin hadapan 2 kelajuan, lampu sandaran, alas lengan pemandu pada pintu, punat pengunci pada pintu, lampu hadapan serta cermin sisi di bahagian pemandu.

Harga bagi model tersebut ialah AS$1,640 dengan berat 840 kg (1850 lb) yang merupakan berat lazim bari kereta buatan Eropah pada masa tersebut. Kelajuan maksimum ialah 130 km/j (82 bsj), mencukupi bagi dipadankan dengan had laju maksimum 110 km/j (70 bsj) di lebuh raya Amerika Syarikat

Volkswagen Beetle 1967

Iklan tahun 1939 yang menyatakan
"Anda perlu menyimpan lima mark seminggu -
Jika di dalam kereta yang anda ingin pandu!"

Di negara kita Malaysia, volkswagen mula-mula digunakan sekitar awal 50'an. bagi NC kereta ini sangat istimewa disebabkan bentuknya yang unik dan mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. di Malaysia volkswagen masih boleh didapati dengan harga Rm4.000 hingga Rm30.00 mungkin lebih mahal mengikut tahun keluaran dan kondisi. Volswagen sesuai dijadikan koleksi disebabkan kisah sejarahnya yang tersendiri dan jumlahnya makin berkurangan di jalan raya kita.

Nc jugak nak dapatkan satu, satu ari nanti kalau boleh yang belum diubah suai.

Honda Cub C50 tahun keluaran 1958

Sunday, May 22, 2011

Honda cub C-50 Deluxe

honda cub C-50 (perbezaan pada handle, lampu & sit)

Honda Cub
adalah model motosikal kapcai 49cc keluaran Honda Motor Co. Ltd. yang merupakan model motosikal yang paling banyak dikeluarkan di dunia. Ia mula dikeluarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Pengeluaran model Honda Cub menjadi peristiwa penting bagi sejarah automotif Jepun memandangkan ia menandakan bermulanya era penguasaan motosikal Jepun. Lebih daripada 50 juta Honda Cub telah dijual di seluruh dunia terutamanya di Asia dan Eropah sejak mula dikeluarkan dan model ini masih lagi dikeluarkan di Asia dan walaupun banyak model motosikal yang lebih besar dan berkuasa tinggi diperkenalkan

Honda Cub mula dilancarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Nama 'Cub' dikatakan kependekan daripada Cheap Urban Bike memandangkan model ini dibangunkan untuk menyediakan pengangkutan yang murah di bandar yang sibuk. Nama tersebut juga mungkin dirujuk daripada model kapal terbang ringan 1930-an yang murah dan popular, piper cub.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1958, lebih 50 juta Honda Cub telah dijual di seluruh dunia, menjadikan model tersebut sebagai model motosikal paling berjaya dalam sejarah automotif. Di Malaysia sahaja lebih 2 juta Honda Cub telah terjual.

Di Malaysia honda Cub mungkin di keluarkan dalam tahun 50an ataupun 60an yang juga motor terbanyak kat malaysia. motor cup ni umpama buruh disebabkan sifatnya yang lasak. ianya digunakan untuk mengangakat baja diladang hinggalah menghantar pizza sekarang. honda C-50 masih boleh didapati dengan harga Rm500 hingga Rm 10.000 mengikut kondisi

NC pun akan cuba mendapatkanya walaupun dah rosak untuk dijadikan koleksi.

Vespa tahun keluaran 1946

Wednesday, May 18, 2011


Semasa perang dunia ke 2 di Itali industri pesawat terbang mengalami masalah. ekonomi Itali menjadi lumpuh. keadaan bencana selepas perang dan kerosakan jalan menyebabkan pembangunan industri kereta adalah mustahil dalam masa yang singkat. didalam menyelesaikan konflik ini muncul Enrico Piaggio, anak kepada pengasas syarikat Piaggio's iaitu Rinaldo Piaggio. kilang Piaggio's pada asalnya adalah kilang pengeluar pesawat pejuang Pontedera yang telah dibom sepasa perang. jadi Enrico Piaggio telah memutuskan untuk meninggalkan bidang penerbangan dalam rangka untuk mengatasi keperluan mendesak Itali untuk mencipta pembanguna sistem pengangkutan yang cepat dan moden. dan disinilah terhasilnya model motor skuter yang di berinama vespa.

Vespa 150 TAP di ubahsuai untuk
kegunaan ketenteraan

Vespa adalah skuter buatan Itali yang dihasilkan oleh Piaggio. Nama dalam bahasa Itali bermaksud tawon. Vespa telah berkembang daripada sebuah motor skuter model tunggal dihasilkan pada tahun 1946 oleh Piaggio & Co SpA dari Pontedera, sekarang Piaggio merupakan pengeluar terbesar kenderaan dua roda di Eropah dan keempat di dunia mengikut jumlah jualan unit.

Vespa 1970 VBC 150cc

Lambretta Li150

Di Malaysia pula NC tak dapat nak pastikan tahun kemasukan vespa kerana tak banyak info tentang sejarah vespa di malaysia. mungkin dalam tahun 70an hingga 80an ataupun selepas penjajahan jepun.

vespa amat sesuai dijadikan koleksi disebabkan nilai klasik dan sejarahnya. kumpul sebelum pupus di telan zaman. di malaysia vespa masih boleh didapati lagi tetapi disebabkan nilai klasik harganya melambung tinggi lebih2 lagi dari model Lambretta kerana bilanganya tak banyak di Malaysia. vespa masih boleh didapati dengan harga dari Rm1.000 hingga Rm15.000 mingikut kondisi.

NC jugak nak dapatkan satu untuk koleksi. harap suatu hari nanti dapat la sebuah.